Sabar Iman Enterprise(SIE) adalah syarikat 100% milik bumiputera yang didaftarkan di bawah DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK) pada Oktober 2016. SIE adalah syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB DALAM GRED (G3).
Sejak penubuhanya, SIE telah berjaya mempelbagaikan bidang kerja termasuklah Kontraktor Awam & Struktur dan Kontraktor Mekanikal & Elektrikal . Dengan strategi perancangan yang sistematik dalam pentadbiran & pengurusan, SIE telah berjaya mendapatkan projek bernilai hampir RM1,000,000 daripada sektor swasta.
SIE sentiasa menitikberatkan “quality over quantity” dalam segala bidang yang diceburi serta memberikan jaminan untuk menepati kerja yang ditetapkan.
Dengan melalui rangkaian perniagaan & pakatan dari pelbagai pihak, strategi yang baik serta kedudukan kewangan yang stabil & positif, kami dari pihak SIE yakin mampu bersaing dengan kontraktor-kontraktor sedia ada secara sihat untuk melaksanakan tender projek-projek yang baru terutamanya di SABAH.
Dengan kepelbagaian kemahiran, pengalaman & kepakaran tenaga kerja yang bernaung di bawah SIE, kami yakin dapat melaksanakan kerja-kerja yang diberikan mampu memenuhi citarasa & kepuasan para pelanggan kami.
Kami dari SIE menawarkan 7 Servis utama iaitu :
SIE telah mendapat kelulusan & perlesenan dari pelbagai pihak yang terbabit seperti CIDB, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, PUKONSA & lain-lain lagi supaya setiap operasi kerja yang dilakukan mengikut garis panduan & undang-undang yang telah ditetapkan.
Copyright © Sabar Iman Enterprise. All Rights Reserved.